Wednesday, November 17, 2010

Islamophobia: Cara- cara Menanganinya

Apakah itu Islamophobia? Islamophobia merupakan sejenis perasaan prejudis terhadap  semua yang berkaitan dengan agama dan umat Islam serta perasaan takut akan Islam. Ia juga didefinisikan sebagai perasaan benci kepada agama Islam dan diskriminasi terhadap umat Islam. Umat Islam dikenali sebagai mangsa kekejaman sejak peristiwa pengeboman 11 September yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2001. Perkara ini disebabkan oleh pengetahuan umum bahawa pengganas-pengganas yang menjayakan kes pengeboman itu merupakan sekumpulan umat Islam dari Afganistan. Sejak itu, seluruh dunia bersalah faham bahawa agama Islam merupakan sebuah agama yang menyalah-gunakan umat-umatnya untuk menyebabkan kekecohan. Ramai yang beranggapan bahawa agama Islam merupakan satu agama yang mendorong kepada keganasan atau kemusnahan. Ramai juga yang beranggapan Islam mempraktik keganasan mengikut sunnah al-Quran disebabkan peristiwa keganasan pada 11 September tersebut. Mengapakah agama Islam begitu kejam dan adakah ia benar yang Islam mengajar umatnya untuk melakukan pembunuhan demi apa sahaja kepentingan? Persoalan ini  akan terus menjadi sesuatu pertanyaan di dalam diri orang ramai.
Mengapakah Islamophobia berlaku? Adakah persoalan ini sesuatu yang benar atau ia terdapat pengecualian di sebaliknya? Penduduk-penduduk sedunia takut akan  agama dan umat Islam kerana mereka tidak mengenali agama Islam secara mendalam dan beranggapan bahawa agama ini merupakan sebuah agama yang kuno dan ekstrem. Mereka mengambil tindakan dan memilih untuk membenci umat Islam dengan tanggapan bahawa kesemua golongan umat Islam merupakan pengganas seperti apa yang diajarkan kepada pengganas-pengganas Islam di dalam kes 11 September. Bukan sahaja begitu, ramai juga bertindak untuk berlaku kejam terhadap umat Islam. Jika diimbas kembali pada sebuah kes yang berlaku di Singapura tidak lama selepas kejadian pengeboman 11 September, di mana seorang pelajar perempuan beragama Islam ditegah memasuki kawasan sekolahnya sendiri kerana memakai tudung.  Yang paling menyedihkan adalah pilihan ultimatum yang diberikan kepada pelajar tersebut di mana pelajar perempuan tersebut dikehendaki memilih untuk tidak membuka tudungnya atau terpaksa dibuang sekolah kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebagaimana yang kita maklum, pemakaian tudung merupakan salah satu tuntutan agama Islam demi penutupan aurat yang digalakan dalam pengajaran Islam. Ia bertujuan untuk melindungi umatnya daripada keburukan dan kejahatan terhadap dirinya. Pernyataan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah tersebut seolah-olah mahu meminta pelajarnya untuk memilih untuk mentaati agamanya dan memutus asa ke atas peluang pendidikan serta tuntutan ilmunya ataupun memilih untuk menurut peraturan sekolahnya, meneruskan peluang pendidikannya dan meninggalkan kehendak agamanya. Kejadian ini merupakan salah satu bukti berlakunya penyalah-gunaan kuasa yang disebabkan oleh Islamophobia.  
Di samping kejadian yang berlaku di Singapura, kewujudan Islamophobia juga dibuktikan di dalam peristiwa di Amerika Syarikat di mana penganut-penganut agama Kristian di negara ini hendak membakar kitab-kitab Al- Quran secara besar- besaran. Disebabkan peristiwa pada 11 September 2001 di mana kapal terbang dirampas dan digunakan untuk menghempas  Pusat Perdagangan Dunia atau World Trade Centre di Amerika Syarikat gara- gara puak Taliban yang hendak membalas balik perbuatan Presiden Amerika Syarikat, George Bush terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin melalui penyokongan perintahannya kepada tentera Israel untuk memusnahkan Palestin. Perkara ini telah mengelirukan orang ramai mengenai pengajaran agama Islam yang sebenarnya.  Agama Islam merupakan sesebuah agama yang sangat indah. Bukan itu sahaja, agama Islam merupakan sebuah agama yang sempurna. Apa yang menjadi persoalan selepas kes-kes sebegini adalah mengapa umat Islam tidak mempraktikkan ajaran yang diajar dalam kitab-kitab agama Islam? Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memikirkan cara untuk mengatasi masalah Islamophobia di kalangan masyarakat sedunia. Kita, sebagai sebahagian daripada umat Islam, mempunyai tanggung-jawab masing-masing untuk mengurangkan salah faham yang sangat mendalam terhadap agama Islam demi melindungi umat Islam sejagat.
Seperti yang kita ketahui, peristiwa 11 September ialah satu tanda protes terhadap presiden Amerika Syarikat iaitu George Bush pada masa itu. Daripada peristiwa tersebut, timbul pertanyaan yang menyebabkan kita mempersoalkan sejauh manakah kefahaman umat Islam terhadap ajaran Islam. Melalui kejadian tersebut, kita diingatkan mengenai sesuatu yang diaajar di dalam kitab-kitab Al-Quran. Kita diingatkan tentang jihad. Jihad difahami sebagai sesuatu perlakuan yang membahayakan, malah memautkan diri sendiri untuk melindungi negara atau agama kita. Akan tetapi, sekiranya kita membaca dan memahami kitab Al-Quran dengan lebih teliti, kita akan mendapat tahu bahawa kita tidak diajar untuk memusnahkan harta benda awam mahupun mengorbankan nyawa ciptaan-ciptaan Allah yang tidak berdosa. Perbuatan kaum Taliban yang merampas kapal terbang di Amerika Syarikat dan mengorbankan nyawa ramai orang awam yang tidak berdosa dalam peristiwa tersebut merupakan sesuatu perlakuan yang sangat tidak munasabah. Melalui kes ini, kita mula mempersoalkan pengajaran kitab Al-Quran tentang kemanusiaan. Agama Islam sentiasa mengajar kita untuk menghargai kehidupan ciptaan Yang Maha Esa.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah Islamophobia adalah dengan mengimplikasikan ajaran agama Islam ke dalam sistem pelajaran. Peredaran zaman mengubah segala- galanya. Dahulu, semua pelajar beragama Islam diwajibkan untuk mempelajari agama Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Kita akan dirotan atau didenda jika melakukan salah satu larangan agama. Malahan, kita akan dihina atau dipulaukan sekiranya melakukan sesuatu yang tidak mencerminkan nilai- nilai ajaran Islam. Namun begitu, ramai umat Islam pada masa kini tidak lagi mendalami ajaran Islam dan mempraktikkannya dengan betul. Ramai di antara umat Islam semakin mengabaikan nilai- nilai ajaran agama Islam. Mereka lebih gemar mengejar hal- hal keduniaan daripada menyeimbangkan nilai keduniaan dan kerohanian dalam diri mereka sendiri. Juga terdapat umat-umat Islam yang terlalu mengejar kerohanian sehingga mengabaikan nilai- nilai Islam malah berubah dirinya menjadi tidak bertimbang rasa terhadap penganut agama lain malah bertindak kejam dengan membalas dendam. Perbuatan sebegini tidak dapat dimaafkan namun ia dapat dielakkan sekiranya umat-umat Islam mengamalkan pengajaran dan pengimplikasi pengajaran Islam ke dalam kehidupan mereka seharian.
Walaupun terdapat ramai umat Islam yang tidak mengamalkan pengajaran agama Islam, namun, ramai juga yang di antara umat Islam yang bersikap terlalu ekstrem terhadap pengajaran agama Islam. Mereka telah salah tafsir tentang apa yang telah diajar di dalam pengajaran agama Islam. Ramai yang menganggap Islam merupakan sesebuah agama warisan iaitu tradisi kepada sesebuah kaum dan bukan sebuah agama yang keseluruhan atau umum. Kita dapat melihat bahawa kaum Melayu sendiri akan memandang seorang berbangsa Cina yang baru memeluk agama Islam dengan pandangan yang pelik dan penuh diskriminasi. Bahkan kita dapat melihat mereka seolah- olah tidak menerima bangsa lain yang memeluk agama Islam. Mereka berasa agama Islam merupakan milik bangsa tertentu iaitu bangsa Melayu. Ada pula di sesetengah negeri, apabila kita menyebut tentang negara China, yang kini mempunyai lebih ramai orang Cina yang memeluk agama Islam, mereka akan memberi reaksi yang amat berbeza. Ini menunjukkan pemikiran bangsa- bangsa tertentu yang tidak begitu memahami apa itu Islam dan bagaimana Islam untuk seluruh dunia. Keadaan ini bukan sahaja menjauhkan hubungan antara umat-umat Islam tetapi juga menentang ajaran agama untuk tidak mendiskriminasi.
Oleh itu, mengimplikasikan pendidikan Islam dalam seperti mempelajari nilai- nilai agama Islam dapat membantu menyedarkan umat Islam tentang kebaikan dan keburukan kesemua perkara umum. Pendidik patut mempunyai sikap yang baik sebelum diambil untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada generasi baru untuk menilai yang mana betul dan salah. Pendidikan Islam di dalam kelas haruslah mempunyai lebih banyak penerangan kepada pengertian jihad yang sebenar dan nilai- nilai Islam tentang pergaulan dengan penganut agama yang lain. Dengan ini, pengetahuan tentang ajaran Islam akan menjadi lebih mendalam bagi umat Islam. Dengan ini umat Islam akan lebih memahami tentang ajaran Islam yang sebenar dan dapat membetulkan diri.
Selain itu, salah satu cara lain untuk mengatasi Islamophobia adalah dengan berkenalan dengan jiran tetangga yang berlainan bangsa. Perkara ini mungkin dianggap kecil tetapi ia memainkan peranan yang penting di dalam pelajaran untuk memahami agama Islam. Amalkan kemesraan dengan bertegur sapa dengan jiran- jiran atau sekurang- kurangnya memberikan senyuman kepada jiran- jiran. Perlakuan sebegini akan menyebabkan jiran- jiran beragama lain merasakan kemesraan yang ditunjukkan bahkan merasakan umat Islam adalah umat yang ramah dan berbudi pekerti. Cuba tunjukkan teladan kepada generasi muda bahawa Islam tidak menakutkan bahkan Islam merupakan sesebuah agama yang suci dan selamat. Amalkan jemputan untuk jiran- jiran untuk datang ke rumah untuk majlis- majlis atau hari kebesaran. Kita juga boleh mengamalkan pemberian makanan tradisional atau kuih-muih buatan kepada jiran- jiran. Contohnya kita boleh melebihkan masakan kita untuk diberi kepada jiran- jiran. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih bermakna.
Kita harus mengelakkan daripada bermasam muka dengan jiran- jiran kita tidak kira apa agama sekalipun. Jikalau terdapat sebarang perselisihan faham, adalah lebih baik untuk diselesaikan secara lembut, berdasarkan pengajaran agama Islam. Janganlah kita bergaduh di hadapan jiran- jiran yang lain untuk menunjukkan kita lebih berkuasa atau garang. Dari situasi inilah sebenarnya Islamophobia akan timbul. Sekiranya jiran tetangga kita melihat kita meninggikan suara atau bermasam muka, mereka akan mempunyai anggapan buruk terhadap agama Islam. Walaupun, telah merupakan kebiasaannya yang orang akan menilai bangsa kita tetapi, Islam akan menjadi perbualan jiran dan mereka seolah- olah akan menyalahkan agama Islam. Masyarakat akan berkata : “ Bukankah orang Islam sepatutnya lebih tenang daripada berteriak kepada orang lain seperti perbuatan masyarakat beragama Islam di situ?” Dengan pemikiran begini, ia telah menyebarkan perkataan dan pengetahuan buruk mengenai agama Islam. Maka, adalah penting untuk kita berbaik- baik dengan jiran tetangga tanpa mengira apa sahaja agama mereka.
Tambahan pula, cara yang lain untuk mengatasi Islamophobia adalah dengan berbaik- baik dengan rakan sekelas atau rakan sekerja lebih- lebih lagi sekiranya mereka berlainan bangsa dan agama. Kita mesti mengetahui dan memahami bahawa orang yang mempunyai Islamophobia akan mendapat lebih banyak informasi tentang Islam dengan lebih baik kerana mereka akan lebih membaca dan mendekati orang Islam untuk mengkaji kesahihan tentang agama Islam yang berkenaan dengan keganasan. Kita boleh mengajak penganut agama lain untuk menyertai tugasan berkumpulan atau mengajak mereka ke rumah untuk menyambut hari kebesaran atau pada majlis- majlis. Dengan ini mereka akan merasa selesa dengan keramahan serta budi pekerti yang diamalkan di antara umat-umat Islam. Mereka akan mula memahami nilai- nilai Islam yang sebenar.
Selain mengeratkan silaturrahim, kita dapat mengubah pandangan penganut agama lain terhadap Islam. Kita harus menjaga tutur kata kita apabila berada dengan penganut agama yang lain. Kita patut mengelakkan daripada mengeluarkan kata- kata yang menyinggung perasaan mereka. Andai kata mereka telah menyatakan sesuatu yang menyakiti hati kita, haruslah kita ingati bahawa mereka masih tidak memahami dan tidak mengenali agama Islam seperti mana kita yang sepatutnya. Jangan pula kita cuba menyakiti hati mereka atau selebihnya dengan berniat untuk membalas dendam dengan menyindir dan bermasam muka dengan mereka. Rasullullah pernah bersabda, sekiranya engkau bercakap mengenai orang yang menyakiti hati kamu, maka kamu juga sepertinya. Kita harus mengingati bahawa penganut agama lain tidak mendalami Islam seperti mana kita. Maka, mereka akan tertanya- tanya tentang sesuatu perbuatan mahupun perwatakan atau mereka mungkin akan menuduh tanpa menyelidik secara menyeluruh tentang sesuatu perkara. Semua ini berlaku dengan satu sebab iaitu, mereka tidak mengenali agama Islam.
Selain daripada pergaulan dengan penganut agama lain, kita boleh mngatasi Islamophobia dengan tidak cepat melatah sekiranya terdengar sesuatu yang buruk. Contohnya, walaupun kita marah dengan penindasan terhadap umat Islam sendiri, kita perlulah memikirkan cara yang baik seperti yang diajar dalam ajaran Islam untuk menyelesaikannya dan bukan membalas keadaan ini dengan niat membalas dendam seperti kejadian pengeboman yang dilakukan oleh pihak ekstremes yang beragama Islam dari Negara Afganistan seperti kejadian 9/11. Perlakuan sebegini bukan sahaja merosakkan imej umat Islam malah menentang pengajaran agama Islam yang mengajar semua untuk mengamalkan hanya perbuatan dan pemikiran yang suci dan murni. 
Secara kesimpulannya, Islamophobia wujud disebabkan yang bukan Islam telah salah tafsir mengenai Islam. Terdapat sesetengah umat Islam sendiri tidak mendalami Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian. Kebanyakan umat Islam zaman sekarang lebih suka mengikut emosi. Ramai yang bertindak terburu- buru dan mengikut perasaan tanpa pemikiran mengenai kesan perbuatan mereka. Mereka tidak mengamalkan beristighfar sebelum bertindak. Oleh itu, umat Islam pada masa kini dipandang serong oleh umat-umat lain yang bukan Islam. Yang bukan Islam beranggapan ajaran Islam mendorong kepada keganasan. Walhal ini adalah tidak benar kerana Islam merupakan agama yang mementingkan kasih saying dan keamanan. Cara hidup kebanyakan umat Islam pada masa kini sangat tidak mengikut landasan Islam malahan kebanyakan di antara kita terlalu mementingkan hal- hal keduniaan yang mendorong dan menyebabkan salah faham yang menyebabkan wujudnya masalah Islamophobia. Agama Islam semakin tercemar disebabkan sikap kebanyakan umat Islam yang tidak memelihara nilai- nilai pengajaran agama Islam. Oleh itu, seharusnya, kita sebagai umat Islam patut memulakan amalan memuhasabahkan diri dan cuba renungkan apa yang telah kita tinggalkan daripada terus menebus menyalahkan pihak lain.

3 comments:

  1. Mengimplikasikan atau mengaplikasikan??

    ReplyDelete
  2. Online Casino - Play online Casino at Kadangpintar
    Welcome kadangpintar to Online Casino at Kadangpintar! Enjoy the most popular งานออนไลน์ online slots games, worrione top-quality games, exclusive offers and top-rated

    ReplyDelete
  3. What is a Casino Roll?
    What is a rollover? 배당사이트 — What 스포츠스코어 is a rollover? 온라인 포커 What 스포츠 무료중계 is a rollover? What is a rollover? What is a cashout? How does a rollover work? How does a casino rollover work? How does a 인생도박

    ReplyDelete